Pernah tak rasa lego ni adalah sejenis mainan yang sangat annoying?? It becomes annoying bila bersepah atas lantai dan kau terpijak. Fuhhh… Hanya mak-mak je faham perasaan dia macam mana tau.
So instead we get annoyed with the bricks (tapi kita selalu panggil lego, so to make it easier saya akan namakan ia lego sahaja sepanjang entry kali ni ya), apa kata kita pelbagaikan lego ni supaya anak-anak lebih suka main dengan rapi daripada dibiarkan bersepah. Dah la lego ni kecik je saiz dia, sangat mencabar okay nak kemas. Jom kita ajar anak kemas sendiri, but in more different & interesting way. Good for them, good for us too. 😜
Saya nak share macam mana saya buat DIY games untuk anak-anak main dengan rasa seronok, at the same time boleh terus ajak dia kemas selepas main. I have two different games to share, here you go.
- DIY bricks games : “Jom Main Susun-susun”
Bahan-bahan sangat simple dan sebenarnya game ni nampak simple juga mungkin macam tak interesting pun. Tapi hakikatnya, kids are gonna love it. Trust me! Lagipun cara nak buat pun super easy. 😎

Dengan tiga bahan di atas ni, jom kita tengok apa yang boleh kita buat supaya anak lebih seronok bermain dengan lego mereka.
Caranya : Hanya draw the outline of that lego mengikut susunan yang korang suka kat atas kad tu sampai penuh ruang kad berkenaan. Contohnya saya buat susunan macam gambar di atas.
Dan hasilnya adalah seperti di bawah. Look at how Izz really loves this very simple game yang diberi nama “Jom Main Susun-susun”.
Nampak tak bila anak-anak dah susun macam ni, so boleh la kita ajar dorang terus kemas ke dalam bekas yang sepatutnya disimpan. Haaa kan dah tak sepah rumah. 😁
2. DIY bricks games : “Let’s Follow The Shape”
Alright game yang kedua agak common juga cuma my own version, saya buat versi senang untuk dibawa kemana-mana. Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:
- kertas keras (saya suka beli kertas yang 2 side ada 2 warna berbeza contoh macam ni satu side hitam, satu side lagi putih)
- gunting
- marker pen
- warna pensel (mengikut warna lego korang)
- silver marker pen (kalau korang guna kertas warna hitam macam saya)

Potong kertas keras tadi menjadi bentuk square mengikut size yang korang nak. Macam saya potong dia bersaiz 4cm x 4cm sebab senang nak diletak dalam bekas dia nanti (seperti dalam gambar di bawah). Then boleh label setiap kertas dengan nombor guna silver marker pen tadi. Sebenarnya terpulang nak label macam mana, ikut kreativiti masing-masing, guna abjad ABC pun boleh. Tujuannya nak bagi anak-anak rasa interesting with the game card.

Alright sekarang we go to the next step apa kena buat dengan game card ni sebenarnya. Saya lukis bentuk susunan lego dengan pelbagai jenis bentuk & warna (mengikut warna lego yang korang ada).

Okay selesai warnakan bentuk lego yang ada di semua kad, now your DIY game card is ready for playing. 😍😍
Macam saya cakap tadi, saya guna bekas beli kat DAISO yang comel ni untuk simpan lego yang super comel ni berserta dengan game card dia. Easy to bring & easy to keep. Anak-anak pun akan happy untuk bawa ke mana-mana tau 😁.


Senang tak nak buat DIY games untuk anak-anak? We just use whatever we have je sebenarnya di rumah. Cuma perlu buat tramsformasi sikit segala toys yang ada supaya anak-anak dapat benefit semasa bermain.
Jom saya nak share antara kebaikan dengan DIY games yang saya buat ni, mungkin boleh bagi idea jugak pada parents yang lain untuk cipta sesuatu games yang lebih kreatif nanti.
- beri anak peluang untuk berfikir lebih kreatif
- critical thinking – cuba selesaikan apa yang mereka lihat di game cards
- untuk mengasah fine motor skills anak-anak (saya akan share apa yang saya tahu sedikit sebanyak pasal fine motor skills in next entry post okay 😉)
- kids can learn bout numbers (1,2,3 on the game cards)
- anak belajar untuk susun atur dengan baik, lebih teliti mengikut bentuk lego yang dilukis (seperti “Jom Main Susun-susun Games”)
Sebenarnya ada beberapa kebaikan untuk kita juga, macam dari awal tadi saya kata untuk bantu kita ajar anak-anak kemas & simpan lego ni dengan baik. Dengan sediakan permainan yang menarik ni, dapat mengurangkan sepah tak tentu hala coz they will learn to appreciate it.
Okay ini sahaja untuk entry kali ni, selamat mencuba all parents out there. Goodluck! 😁
Yang benar,
Mak jagung 😎





