STAY AT HOME DURING MCO

Lama betul tak share any tips or DIY games for the kids kat sini. So sementara ada beberapa cebisan masa due to Movement Control Order (MCO) ni, I believe it’s a good time for all parents out there to spend your best quality time with your little loved ones.

Sepanjang sebulan duduk rumah ni, my kids started getting bored tau. Izz once asked emping, “Papa kenapa taknak bawak Izz naik car dah?”. 😂 Kesian betul tak dapat keluar rumah for quite some time macam ni. So aku perasan Izz dah mula tunjuk taring sebab both of us ada kat rumah sepanjang masa, he prefer to cry out loud (sebenarnya this is his trademark since born anyways) whenever dia rasa tak puas hati or anything.

I decided to calm myself down, so we keep all of his toys (including Ann’s toys) dalam sebuah kotak yang besar. Sebenarnya tindakan ni lebih kepada satu denda psychology sebab they really clingy & very OMG sejak kebelakangan ni. Then aku kata no more toys for them if they don’t behave. Maksud behave tu tiada lagi tangisan yang without purpose. Tiada pergaduhan dan sebagainya. So they really clear bout the definition of that behave.

And today is their second day to live with new phrase of TOYS FREE in the house. Aku nampak macam banyak improvement alhamdulillah. Aku kerap bagitahu dorang especially Izz, “wow mama tengok Izz sekarang dah tak selalu cry la, good job”. Pastu dia replied, “aha la abang dah strong & besar, dah boleh main toys ke?” 🙄 Of course my answer is NO. Sengaja denda lama sikit supaya dia belajar kawal perasaan menangis tu dengan baik. Insyaallah ❤️

Hence this morning I made their DIY games (I know it’s been a while kan). Very simple games, seperti biasa hanya guna apa yang ada di rumah, to be exact it’s FREE. 😍

Sebenarnya ada 2 jenis GAMES tapi aku tak tahu nak bagi nama apa untuk game ni. One thing for sure is it’s really good for fine motor skills anak-anak anda di rumah. So bahan-bahan yang diperlukan:

GAME PERTAMA:

  1. A piece of WHITE blank paper
  2. Bahagikan EMPAT bahagian guna marker pen
  3. Label kan each bahagian mengikut warna
  4. Pastikan anda ada EMPAT kertas warna yang berlainan supaya dapat dipotong menjadi beberapa shapes yang comel
  5. Sediakan glue untuk anak-anak tampal kertas warna yang dah dipotong menjadi few shapes tadi ke atas WHITE blank paper (rujuk gambar cara bermain 👇🏻)

So what’s the rule of this GAME PERTAMA? The answer is NO rules. 🤣 Tapi ada beberapa benefits to the kids by playing this very simple game antaranya:

  • mengenal jenis warna
  • mengenal jenis bentuk
  • belajar mengeja warna
  • sharpen their fine motor skills sepanjang proses letak glue & paste it on the blank paper

One more thing yang aku perasan they both really kerjasama to ensure dorang glue dengan baik, even very patience to wait for their turn to use the glue (kebetulan memang ada satu botol glue jer). So ini antara tujuan mereka didenda to live without toys iaitu agar jadi lebih PENYABAR. 💯

GAME KEDUA:

  1. Sehelai kertas A4 (any color)
  2. Lipat menjadi EMPAT bahagian yang sama size
  3. Potong setiap bahagian
  4. Lukis corak yang simple
  5. Sediakan kids scissor (tidak tajam) untuk anak-anak potong kertas mengikut corak tadi (rujuk gambar cara bermain 👇🏻)

Seriously game ni simple sangat, tengok macam biasa je tapi it’s so fun for the kids tau. Izz & Ann keep saying “seronok laa main game mama ni!”. Menggunting kertas adalah antara perkara mudah untuk mengasah fine motor skills anak-anak. So pasni korang dah boleh beli gunting khas untuk anak-anak yang berumur bawah 7 tahun.

Ini lah hasil permainan yang simple tadi. Izz siap kata nak glue & lekat kat dinding. 😂 So if you have no idea what to play with the kids sepanjang MCO kat rumah sekarang ni, harap DIY games kali ni can help you out. I even played with them while feeding their lunch today.

Have a great day everyone! 💪🏻

Bricks (lego) hacks.

Pernah tak rasa lego ni adalah sejenis mainan yang sangat annoying?? It becomes annoying bila bersepah atas lantai dan kau terpijak. Fuhhh… Hanya mak-mak je faham perasaan dia macam mana tau.

So instead we get annoyed with the bricks (tapi kita selalu panggil lego, so to make it easier saya akan namakan ia lego sahaja sepanjang entry kali ni ya), apa kata kita pelbagaikan lego ni supaya anak-anak lebih suka main dengan rapi daripada dibiarkan bersepah. Dah la lego ni kecik je saiz dia, sangat mencabar okay nak kemas. Jom kita ajar anak kemas sendiri, but in more different & interesting way. Good for them, good for us too. 😜

Saya nak share macam mana saya buat DIY games untuk anak-anak main dengan rasa seronok, at the same time boleh terus ajak dia kemas selepas main. I have two different games to share, here you go.

  1. DIY bricks games : “Jom Main Susun-susun”

Bahan-bahan sangat simple dan sebenarnya game ni nampak simple juga mungkin macam tak interesting pun. Tapi hakikatnya, kids are gonna love it. Trust me! Lagipun cara nak buat pun super easy. 😎

Okay TIGA ni je bahan-bahannya (Marker pen, sekeping kad/kotak yg dah tak digunakan, satu piece lego)

Dengan tiga bahan di atas ni, jom kita tengok apa yang boleh kita buat supaya anak lebih seronok bermain dengan lego mereka.

Caranya : Hanya draw the outline of that lego mengikut susunan yang korang suka kat atas kad tu sampai penuh ruang kad berkenaan. Contohnya saya buat susunan macam gambar di atas.

Dan hasilnya adalah seperti di bawah. Look at how Izz really loves this very simple game yang diberi nama “Jom Main Susun-susun”.

Nampak tak bila anak-anak dah susun macam ni, so boleh la kita ajar dorang terus kemas ke dalam bekas yang sepatutnya disimpan. Haaa kan dah tak sepah rumah. 😁

2. DIY bricks games : “Let’s Follow The Shape”

Alright game yang kedua agak common juga cuma my own version, saya buat versi senang untuk dibawa kemana-mana. Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • kertas keras (saya suka beli kertas yang 2 side ada 2 warna berbeza contoh macam ni satu side hitam, satu side lagi putih)
  • gunting
  • marker pen
  • warna pensel (mengikut warna lego korang)
  • silver marker pen (kalau korang guna kertas warna hitam macam saya)

Potong kertas keras tadi menjadi bentuk square mengikut size yang korang nak. Macam saya potong dia bersaiz 4cm x 4cm sebab senang nak diletak dalam bekas dia nanti (seperti dalam gambar di bawah). Then boleh label setiap kertas dengan nombor guna silver marker pen tadi. Sebenarnya terpulang nak label macam mana, ikut kreativiti masing-masing, guna abjad ABC pun boleh. Tujuannya nak bagi anak-anak rasa interesting with the game card.

Ini lah bekas yang akan digunakan untuk simpan lego bersaiz kecil & DIY game cards yang saya buat ni nanti. Saya pernah share pasal bekas ni di instagram sebelum ni, ada yang pm tanya beli di mana. Okay, bekas ni murah je saya beli di DAISO RM6 dapat 3 bekas. 😍

Alright sekarang we go to the next step apa kena buat dengan game card ni sebenarnya. Saya lukis bentuk susunan lego dengan pelbagai jenis bentuk & warna (mengikut warna lego yang korang ada).

Setiap game card saya lukis (guna marker pen) hanya 3 susunan lego sahaja with variety of colors & shapes. Actually kad ni semua akan digunakan oleh anak-anak untuk tiru cara nak susun lego yang ada. Giving them an idea to copy exactly what they see on the game card.

Okay selesai warnakan bentuk lego yang ada di semua kad, now your DIY game card is ready for playing. 😍😍

Macam saya cakap tadi, saya guna bekas beli kat DAISO yang comel ni untuk simpan lego yang super comel ni berserta dengan game card dia. Easy to bring & easy to keep. Anak-anak pun akan happy untuk bawa ke mana-mana tau 😁.

Ini lah muka yang happy dan sangat bangga pegang bekas masing-masing. Kalau pergi mana-mana, memang bagus bawak games ni supaya anak-anak leka bermain. Korang boleh avoid anak-anak daripada main gadget jugak tau 😎
Ini gambar masa kami ziarah rumah relative & Izz bawak games ni bersama. Look at that happy face! 😍

Senang tak nak buat DIY games untuk anak-anak? We just use whatever we have je sebenarnya di rumah. Cuma perlu buat tramsformasi sikit segala toys yang ada supaya anak-anak dapat benefit semasa bermain.

Jom saya nak share antara kebaikan dengan DIY games yang saya buat ni, mungkin boleh bagi idea jugak pada parents yang lain untuk cipta sesuatu games yang lebih kreatif nanti.

  • beri anak peluang untuk berfikir lebih kreatif
  • critical thinking – cuba selesaikan apa yang mereka lihat di game cards
  • untuk mengasah fine motor skills anak-anak (saya akan share apa yang saya tahu sedikit sebanyak pasal fine motor skills in next entry post okay 😉)
  • kids can learn bout numbers (1,2,3 on the game cards)
  • anak belajar untuk susun atur dengan baik, lebih teliti mengikut bentuk lego yang dilukis (seperti “Jom Main Susun-susun Games”)

Sebenarnya ada beberapa kebaikan untuk kita juga, macam dari awal tadi saya kata untuk bantu kita ajar anak-anak kemas & simpan lego ni dengan baik. Dengan sediakan permainan yang menarik ni, dapat mengurangkan sepah tak tentu hala coz they will learn to appreciate it.

Okay ini sahaja untuk entry kali ni, selamat mencuba all parents out there. Goodluck! 😁

Yang benar,

Mak jagung 😎

COLORS & SHAPES

So now I’m back to my DIY activities untuk anak-anak jagung. Dah lama juga tertangguh since Ann was born. Seriously I need to wisely manage my own time in order to handle kids, my Cuckoo team dan sebagainya.

Here you go my very own DIY colors & shapes activity. Benda ni senang sangat, semua orang boleh buat, yang best nya sebab very low cost. Tak perlu beli mahal di kedai.

Antara alat & bahan yang perlu ada, sangat simple:

  • kotak yang dah tak digunakan
  • variety color of papers
  • gunting, marker pen, glue

Saya buat semua ni in less than 2 hours. Maka, korang boleh curi masa untuk buat sekejap this interesting game stuff untuk anak-anak. Dan kat bawah ini adalah hasilnya. Tadaaaa…

Anak saya bangun je tidur nampak benda ni kemain seronok tau. Sebenarnya masa Izz kecik, dia selalu dapat benda-benda ni. Saya memang suka buat DIY learning stuff for Izz, so I really need to do the same untuk Ann pulak.

Siapa kata busy mother tak boleh sediakan learning activities untuk anak-anak?? Sebenarnya kita semua boleh buat, just we need to be calm, cari masa. Jangan risau, everything is manageable.

Selamat mencuba & happy DIY ‘ing mothers. 😍😍